Pemadam Daerah Seberang Perai Utara telah mendapat perkabaran bahawa Tuan Haji Farid Arshad telah kembali bertemu Penciptanya di Madinah pada 18 Mac 2018 (Ahad) semasa mengerjakan umrah. Beliau merupakan Setiausaha Kehormat Pemadam Pulau Pinang. Sepanjang penglibatan beliau bersama Pemadam, banyak yang disumbangkan terutama dalam merancakkan aktiviti Pemadam di Negeri Pulau Pinang. Semoga Allah tempatkan roh beliau bersama orang-orang yang beriman. Inna lillahi wa inna ilayhi roji’un. Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. “Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang Hari Kiamat; dan Dia-lah Yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yan...